Thursday, June 28, 2012

Seminggu dah ponggg!

Alhamdulillah. Dah boleh kira seminggu la short semester bermula walaupun ada balance lagi 3 hari untuk cukup seminggu tapi kelas dah habis untuk minggu ni kira seminggu la tu apedehal. Hahaha. Alhamdulillah setakat ini keadaan hidup di IIUM masih stabil cuma kadang-kadang je emosi semacam tak stabil. Apahal entah. 

Niat di hati nak balik minggu ni tapi fikir-fikir balik baru berapa hari je pun kat IIUM, kasihan la kat ayah. Asyik nak ambil aku balik rumah nak hantar aku balik IIUM tiap-tiap minggu pun tak boleh juga. Letih la kan? Walaupun jarak rumah tu dengan IIUM takde la jauh mana sebenarnya. Aku faham perasaan kepenatan ibu ayah. Aku pun dah besarkan kenalah pandai independent sendiri. Asyik nak mengharapkan ibu ayah, nak itu nak ini tapi results macam tu juga, tak membanggakan pun. Haih. Serba salah pula jadinya. Walaupun sesetengah orang kata "Itukan tanggungjawab dorang, biasalah." Aku sebagai anak yang dah besar, dah boleh fikir, dah boleh kahwin dah pun rasanya ni, kenalah faham dorang juga kan? Kenalah pandai tolak-ansur. Tak boleh la nak fikir pasal diri aku je. Nak homesick-homesick bagai. Hmph. Okay sebenarnya memang aku homesick pun. Bye. 

Mesti korang terasa macam "Kenapa tak balik sendiri je? Naik public transport ke?" Okay honestly, aku malas nak jawab soalan itu. Haha. 


1 comment:

mucid said...

soalan mne ni?

Post a Comment