Sunday, July 1, 2012

Kerja.

Oh by the way, sekali lagi untuk kesekian kalinya aku ditinggal bersendirian dalam bilik. Sekali lagi aku dapat roommate jenis busy selalu keluar have fun dan balik rumah. Haiyoo tipu la kalau kata tak sunyi. Kalau tak, takde la aku sampai menangis haritu. Bukan apa, sebab bosan sangat tak tahu nak buat apa. Hahaha. Oh macam biasa lah the best part is I have my own privacy. Nak terguling tergolek jejoget memekak pun takde orang kisah. Hiks. Tapi masalahnya bila dah duduk sorang-sorang ni faham-faham lah kepala otak ni kan. Ada je benda yang nak di-fikir-kan nak di-berangan-kan nak di-ter-ingat-kan tiba-tiba.

Dan tiba-tiba aku terfikir, 
"Kalau aku tak ambil short semester,mesti sekarang aku tengah kerja kan macam tahun lepas." 

Lepastu, secara tak langsung aku berangan, 
"Kalau dulu aku kerja kat Giant jaga booth cookies, agak-agak kerja apa la aku dapat untuk tahun ni kan? Kedai baju ke hah? Eh dapat kerja ke tak entah kan." 

Lepastu, tak semena-mena aku teringat, 
"Eeee, ingat lagi time kerja dulu selalu bla .. bla .. Oh pastu, ada sorang budak ni yang mesti bla .. bla .. Haa lagi satu pasal bla .. bla .. Kalau rasa nak makan je mesti beli bla .. bla .. Pastu, kadang-kadang bawa bekal bla .. bla .. Yang tak tahan kena balik malam-malam drive sendiri bla .. bla .. " 

Eh panjang la kalau nak cerita flashback ni. So, jomlah kita ungkap satu-satu kenangan aku time kerja tahun lepas. Takat mana yang aku ingat je la ek? Otak aku ni short term memories juga kadang-kadang. Hahaha :D

Pengalaman bermula bila aku dengan CikAtiqah (kawan rapat dari tadika sampai sekarang) gigih nak cari kerja sebab cuti lama sangat tak sanggup nak duduk rumah. And kitorang memang takde pengalaman kerja langsung. So, dengan muka innocent kitorang pergi minta kerja dekat beberapa buah tempat. Pagi tu minta kerja, petang tu terus dapat call. Amboih, rezeki. Tapi CikAtiqah start lambat sikit sebab dia ada program lain. Jadinya, dia bagi peluang kat aku mula dulu sorang-sorang. Cisss -.-

So, ini gambar hari pertama aku masuk kerja yakni 14 May 2011 (Sabtu), 0715pm. Time ni boss pergi solat Maghrib. Alahaaii, muka noob gila. First time nak merasa jadi pekerja kan. Nak promote pun tak reti lagi woi. Muka memang innocent habis. Lagi-lagi boss tengok je dari tepi cemana aku layan customer. Alahaaii, gugup nak gugur jantung I taww! Bila customer tanya the ingredients of the cookies and the kerepeks, terus melopong aku nak jawab. Boss gelak-gelak kan aku dah sebab dia lupa nak ajar yang itu -.- Nasib dia ada perasaan nak interprem tolong jawabkan soalan-soalan itu. So, first day aku belajar pasal ingredients cookies+kerepeks, harga-harga setiap satu, rekod jualan, commision untuk aku bagi setiap satu jualan, dan cara untuk tutup booth. Oh bila tahu dapat commision tu yang buat lagi semangat nak menjual :D  

The Boss:
Okay, aku takde gambar boss aku. Sobs. Silaplah kan tak ambil gambar dengan boss dulu. Kenangan kot kan? Aku pun tak terfikir nak ambil sebabnya boss aku lelaki. Hahaha handsome pula tu. Serious handsome! Most of pekerja dalam Giant tu jelly je tengok aku dengan dia sebab akulah satu-satunya pekerja untuk boss aku tu. Ups, korang jangan silap ye. Aku bukan kerja under Giant taw. Aku just kerja dekat booth-booth kecil yang orang sewa dalam Giant tu. Boss aku tu salah seorang penyewa la maksudnya. Memandangkan aku satu-satunya pekerja dia, memang dia mengharap kat aku je lah. Semua benda memang aku kena buat seorang. Tapi boss aku ni memang baik gilaaa! Baik sangat wey. Dia tak kasi aku buat kerja sungguh-sungguh sangat. Dia suruh aku duduk je. Pantang dia nampak aku berdiri. Boss aku tu memang muda lagi weyy, umur dia 20++. And dia gelar diri dia abang taw, siapa tak cair hoih. TAPI the sad part is, time borak-borak dengan dia, dia ceritalah yang dia dah kahwin and baru je dapat anak. OKAY BYE BOSS.


Ini gambar hari ke-12 aku bekerja yakni 25 May 2011 (Rabu), 0500pm. Time ni baru nak keluar rumah and baru je pandai drive sendiri nak pergi kerja. Hiks. Kalau tak, sebelum ni ayah yang hantar and ayah yang ambil. Tapi sebab aku ni shift sampai malam, tak larat la ayah setiap hari nak hantar nak ambil kan? And kadang-kadang ayah ada hal la meeting la. Susah la aku nak pergi kerja. So, aku buat keputusan nak pergi and balik sendiri je naik kereta. Aku tak nak susahkan ayah. Aku ni nama je ada lesen tapi tak pernah drive pun, penakut! And sebab aku ada fobia. Kalau korang baca entry lepas-lepas korang tahu lah. Hihi. So, sebab kerja ni juga aku gagahkan diri bawa kereta and sekarang aku dah pandai drive dengan berani di tengah jalanraya! Alhamdulillah :')

The Schedule:
Okay Isnin-Sabtu aku akan masuk kerja pukul 0530pm, so pukul 0500pm camtu aku dah mula start engine and vr0oo0om! Sampai tepat la pukul 0530pm sebab boss dah tunggu. Ahad aku akan masuk kerja pukul 1000am. Aku selalu datang lambat hari Ahad tu sebab boss takde. Hihi. Dan setiap hari akulah yang akan tutup booth pukul 1000pm. Tapi aku selalu tutup awal sampai dapat notis daripada Giant tahu! Hahaha. Aku tutup awal pun sebab kawasan rumah aku memang sunyi gila bila malam. Takut bhaaii. Pastu, banyak gila anjing liar dekat 8-12 ekor macam tu. Dah la kena park kereta tempat dorang lepak sebab memang takde tempat parking dah. Pernah satu malam aku balik menangis sebab kena kejar anjing. HAHAHA. Okay back to schedule, Isnin-Sabtu aku masuk petang sebab boss akan take over the whole pagi tu. But seriously, memang takde benda sangat pun nak buat wey. Just kemas-kemas, susun-susun, kalau ada customer layan. Most of the time, kau duduklah tercangak kat situ menganga. Hahaha. As I said before, boss aku ni memang baik gila. Dia kata kalau bosan bawaklah novel ke laptop ke tak pun makan la cookies-kerepek tu, habiskan. Dia sendiri cakap tak payah buat kerja sangat pun, duduk je. And dia akan beli suratkhabar setiap hari bagi aku baca. Haha. Sweetkan? Lololol.


Ini gambar kawan aku yang kenal time kerja ni, Siti namanya. Time ni dorang ada buat promotion for make-up pengantin and apatah lagi. Tu yang Siti pakai meriah gila ni. Dia tak suka sebenarnya, habis dia sumpah seranah. Haha. Alhamdulillah, after few weeks aku kerja, dorang ni datang buka booth baru. Booth pengantin gittew! Betul-betul sebelah booth aku, so dapatlah aku kawan. Bukan la kata sebelum ni aku takde kawan langsung, tapi aku kan tak peramah. Orang tegur aku sekali, sekali tu je la aku jawab. Lepastu, lain kali jumpa kalau dorang tak tegur aku buat bodoh je. Hahaha. Eh, Siti ni pun minat boss aku tahuukk! Dia kata handsome and good looking, dah la wangi, buat dia melting. Haha merepek je Siti ni. Haa seriously sebab Siti ni laa macam-macam gossip aku tahu kat dalam Giant tu. Walaupun, aku yang start kerja dulu kat situ. Haha. Dia memang peramah gila! Semua orang dia tegur. Sempoi and kelakar. Tapi yang tak bestnya, dorang buka booth kat situ sekejap je. Tak sampai dua minggu pun kot :/

The Friends:
Alhamdulillah. Kawan-kawan kat situ semua okay la walaupun tak sekepala dengan aku. Most of them budak-budak sangkak and tu yang paling buat aku rimas. Dorang ni selalu buat Giant tu macam bapa dorang punya and tu yang buat aku rasa macam tak selamat. At first, aku rasa macam menyampah gila dengan dorang since aku tak pernah ada kawan-kawan yang jenis macam tu. Dorang ni selalu la jugak datang mengacau cari pasal. Ada yang pengkid la yang gatal la yang macam takde pelajaran pun ade. Haish. Tapi since Siti datang baru la macam-macam kisah aku tahu pasal setiap dari dorang. And time tu aku rasa macam tak semua orang bernasib baik kan. Hmph. Even Siti sendiri ada kisah dia.

Dorang semua memang tak habis belajar pun. Masing-masing hidup yang aku sendiri tak pernah terfikir. And daripada Siti juga aku tahu yang dorang semua tu sebenarnya respect gila aku sebab aku jaga batas tutup aurat solat bagai and aku ni student, aku memang berbeza sangat dengan dorang. Maybe Siti la kot yang cerita kat dorang pasal aku. Daripada situlah baru aku tahu yang dorang ni baik sebenarnya. After Siti datang, barulah budak-budak tu tak kacau aku dah. And dorang cakap dengan aku pun macam baik gila. Jumpa bagi salam. Amboih, tu yang tak tahan tu. Hahaha. Lama-lama aku pun dah adapt dengan keadaan tempat kerja aku yang satu ini. Thanks to Siti la and her boss. Kitorang jadi agak rapat sebab kitorang selalu lepak booth Siti. Pastu, bila supervisor or boss masing-masing datang terus lintang-pukang balik tempat sendiri. Hahaha. Yang paling aku malas nak layan bila dorang tanya aku study course apa, aku jawab Psychology terus dorang behave macam apa sebab takut aku observe dorang. Haha siot jeee. Masalahnya, boss aku pun sama! Grrr.


Ini pula gambar hari ke-35 aku bekerja yakni 17 June 2011 (Jumaat), 0701pm. Time ni tunggu buka puasa kot. Pakai baju kurung kemain lagi kan? Hahaha. Aku memang akan pakai baju kurung setiap hari Jumaat. Nampak la sopan sikit kan menghormati hari. Kerja pun dah petang ramai orang pakai baju Melayu. Awww! Takde kena-mengena. Haha. Alamak, tengok kerepek atas tu macam lapar lah pulak. Eh, bila bosan sangat memang aku bantai semua kerepek yang ada. Sample-sample yang ada tu memang untuk mengisi perut aku je. Boss tak marah so no worries. Hahaha xD

The Foods:
Disebabkan aku ni pencinta roti, so inilah masanya aku nak bantai segala jenis roti bakery dekat Giant tu. Setiap kali lapar je aku pergi beli. Tapi berjimat jugak la kan. Ambil pun yang paling murah je. Maklumlah, gaji tak seberapa. Hikhik. Aku memang tak makan benda lain selain roti. Kadang-kadang aku bawak bekal dari rumah. Alololo comel kan aku? Kahkah! Kalau ibu masak sedap ke memang aku bungkus siap-siap bawa pergi kerja. Sebab aku kan balik dah tengah malam, memang habislah apa yang ibu masak kat rumah. Tak dapat aku merasa nanti. Sobs. And aku memang makan tak menentu sepanjang aku kerja ni. And ni la juga faktor kenapa berat aku turun mendadak.


Dan ini pula gambar hari ke-37 aku bekerja yakni 19 June 2011 (Ahad), 1209pm. Time ni tengah baca novel sebab memang tengah bosan tahap apa pun aku tak tahu nak bagi. Oh hari Ahad hari yang paling lama aku rasa! Penat. Penat bukan sebab kerja tapi sebab nak tunggu malam tu. Duhhh. Kalau customer ramai boleh cerita lagi, tapi bila dah sampai tengahari takde customer memang aku bantai tidur. Oh nampak tak jari aku tu? Amboih, berinai kemain taw! Hahaha ni CikAtiqah la punya kerja. Aku selalu mengadu kat dia ada orang ni kacau orang tu kacau, so dia suggest suruh aku pakai inai. Biar nampak sikit aku ni baru je ada yang punya. Sengal gila okay cadangan tuu! Haha. Tapi aku ikutkan je sebab aku memang suka gila pakai inai. Lagi-lagi penuh sampai macam tu kan. Sampai boss aku pun pelik kejadah la aku pakai inai =.='

The Boys:
The best part pengalaman kerja ni bila ada orang minat kat kita lah kan. Bahahahaa! Perasan. Nanti macam-macam kau dapat tahu? Ni pengalaman aku la, macam-macam aku dapat. Chocolate la 100 Plus la burger la belanja lunch la. Eh macam-macam lah! And ni semua dari orang berlainan. Kahkah! Hotstuff laa kekononnya. Aku pun tak faham apa masalah dorang. Tapi aku takde la berani sangat kan. Mana yang aku percaya tu aku ambil la apa yang dorang bagi. Mana yang aku macam was-was sikit, aku buang. Haha jahat bebenor yop! Idok le kot le kene jampi serapah. Haaa tak balik rumah la aku jawabnya. Hiks. And bila aku bosan, nanti dorang datang melepak kat booth aku sembang-sembang berjam. Hihi. Oh bila aku dah berhenti kerja, baru aku tahu ada sorang mamat ni kerja dalam Giant usha dari jauh jee. CikAtiqah cerita kat aku yang mamat tu kirim salam and sedih sebab aku dah berhenti kerja. Dah la aku tak tahu yang mana satu. Mamat tu selalu cerita pasal aku dekat sorang akak kerja kedai Jewelleries. Akak tu suruh mamat tu tegur aku tapi dia tak berani. Ni akak tu la yang cerita dekat CikAtiqah. Sejauh mana kesahihannya aku tak tahu. Sebab sampai sekarang aku tak tahu dia yang mana satu. CikAtiqah kata handsome. Ohoohoooiii, ruginya akuuu! HAHAHAHA.


And this is the last one, hari ke-43 aku bekerja yakni 25 June 2011 (Sabtu), 0900pm. Oh ni bukanlah last day aku bekerja. Tapi ni lebih kurang dalam tinggal berapa minggu je lagi nak berhenti. Heee. Time tu memanglah rasa tak sabar nak berhenti sebab penat la weh kerjaaa! Hidup aku agak macam tak terurus sikit sepanjang kerja ni. Dengan personal problem lagi. Personal problem eh, bukan family problem. Memang aku banyak kali jugak la datang kerja nangis-nangis sebab masalah yang satu itu. Tapi pandailah cover kan. Sebabnya? Okay aku malas nak cerita pasal tu dah. Past is past :)

The Sadness:
Okay apa yang sedih sepanjang kerja ni bila semua family members ada kat rumah and aku tak boleh spend banyak masa dengan dorang. Sobs. Everywhere dorang pergi aku tak boleh join tak boleh ikut. Pergi rumah saudara mara semua jalan-jalan sana sini. Weh sedih weh sumpah sedih. Aku rasa macam agak tersisih juga la time tu. Rasa macam semua orang tak sayang aku. Hahaha. Padan muka siapa suruh gigih sangat nak kerja kan? Hikhik. Lagi satu part sedih aku kerja tak sampai tiga bulan pun. Kira aku kerja dalam dua bulan lebih je la sebab jualan kat situ tak memberangsangkan, orang tak ramai yang datang Giant situ. Orang ramai pergi Jusco which is sekangkang kera je dari Giant. Heh. So, boss aku tak sanggup nak teruskan dah. Dia nak tutup booth tu and nak cari tempat lain pula. Lagipun, dia duduk Sg. Buloh which is jauh sangat nak datang situ. Hari last kerja tu boss kasi aku ambil apa je kerepek or cookies aku nak. Wuish, aku pun apa lagi. Balun lah kan! Hahahaha.



So, that's it pengalaman kerja aku tahun lepas. And sebab pelbagai kisah yang ada aku sebut di atas dan ada juga yang aku tak sebut la yang membuat aku rasa serik dah nak kerja. Walaupun, kerja dua bulan lebih je tapi dalam dua bulan tu macam-macam yang jadi. Sedih gembira suka duka pahit manis semua ada. Tapi aku bersyukur sebab kenangan dan pengalaman kerja itu membuatkan aku lebih matang sekarang. Matang untuk berfikir secara rasional. Jumpa pelbagai jenis perangai dan kerenah orang, baik dari customers sendiri kawan-kawan mahupun musuh. Hiks. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni kan? Kalau dulu aku susah nak adapt dengan orang/situasi, sekarang aku dah lebih berani dan pandai nak handle something kalau aku sorang-sorang. Kalau dulu aku penakut nak drive, sekarang aku dah berani. Kalau dulu orang condemn sikit aku dah down, sekarang aku dah berani tegakkan kebenaran. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas peluang yang Kau beri untuk aku merasai pengalaman yang berharga dalam hidup ini :) 

1 comment:

Anonymous said...

waah panjang benor cerita kusyuk jek baca :D heheehe - dyan

Post a Comment