Saturday, July 20, 2019

Debar.



Hari ini dia hadir.
Setelah berbulan-bulan tidak bertemu.
Selepas dari perpisahan itu.

Aku --
Merasakan satu debaran.
Tidak tahu bagaimana untuk aku ungkapkan.

Debaran yang sama.
Yang pernah aku rasakan suatu ketika dahulu.
Saat kali pertama dia hadir untuk melamar aku.

Cumanya --
Situasi pada kali ini berbeza.
Tujuan juga berbeza.

Dulu,
dia hadir untuk aku.
Kini,
dia hadir bukan lagi untuk aku.

Hanya aku --
Masih dengan perasaan yang sama.
Perasaan sayang yang sama.
Perasaan cinta yang sama.
Hanya tambahan perasaan rindu yang tak tertanggung.

Aku sambut kehadiran dia,
Dengan perasaan debar yang sama seperti dahulu.
Dengan perasaan berbunga-bunga  seperti dahulu.

Malangnya --
itu cuma aku.

Hakikatnya --
aku hanya dipandang sepi.
Aku seolah tidak wujud di hadapan dia.

Aku akur.

Lalu aku mengundurkan diri --
dengan air mata.
dengan hati yang kecewa.
dengan perasaan yang kesal.

Silapnya aku,
terlalu meletakkan harapan yang dia akan kembali.

Pedih,
moga ada penawarnya nanti.



No comments:

Post a Comment