
Ini adalah aku, AishizaXanna. Seorang blogger yang langsung tidak terkenal. Hampeh. Oh mungkin, suatu hari nanti aku bakal menjadi terkenal apabila aku menceritakan di semua entry kisah saat manisnya pernikahan dan perkahwinan aku bersama bakal suami. Ceit. No hard feelings.
Suatu petang Sabtu nan indah, sedang aku seronok diulit mimpi. Tetiba NokiaXpressMusic 5530 ku berbisik manja, "Message Received." Namun mataku sungguh layu kuyu untuk dibuka. Lantas aku berkata, "Ahh! Lantaklah siapa pun yang message. Aku sedang berbahagia ni." Beberapa minit kemudian, "Message Received.". Dan kemudian, "Message Received." Dan kemudian lagi, "Message Received." Eh eh amboih. Banyaknya Message Received. Over nampak. Lantas hatiku berkata, "Siapa yang cari pasal dengan aku petang-petang buta ni!"
Dalam banyak-banyak message yang masuk, mataku tertarik dan tertumpu dengan satu message yang berbunyi, "Zana, ade kt bilik.x?hahahah" Oh ini Romeooo! Kenapakah dia message aku petang-petang begini? Dia berada di Gombak kah? Dia mahu ajak aku keluarkah? Oh shit, aku masih terbongkang di atas katil dengan belum mandi. Oh, kenapa dia 'hahahah' pun aku tak tahu. Hatiku tertanya-tanya. Terus segar-bugar aku jadinya. Jari-jemari ku terus dengan lajunya menari-nari di atas touchsreen phone. Sementara menunggu dia membalas message ku itu, aku terus membalas message-message lain yang juga masuk sebentar tadi.
"Eh lama pulak budak ni nak reply message aku." Hati ku sudah tidak sabar lagi. Berdebar-debar. Tetiba, "Message Received." Terus aku mencapai NokiaXpressMusic 5530 ku itu. Dengan jari-jemari ku yang tiba-tiba sejuk semacam. Aku membuka message tersebut dan, "Haha.xdelaaa. Mlm kot aku dtg. tdo boleh?hehe aku dri kuantan mlm ni" Ohoohooooiii, hatiku melonjak gembira tidak terkata! Terus aku bangun dari pembaringan menari-nari keriangan di dalam compartment kecilku itu. Oh tolong pembaca sekalian. Tolong jangan bayangkan.
Aku terus bangun, solat, mandi, basuh baju, kemas bilik, menyapu. Sungguh aku tidak sabar menunggu kedatangan Romeo ku itu. Menunggu kedatangannya, seperti menunggu seorang suami yang baru pulang dari overseas lagaknya! Oh ya, bakal suami ku nanti memang akan kerap ke overseas. Haha berangan. Pada pukul 940 malam, "Weyyh.aku otw daa nii! Hehe see u.mybe smpai kul 12 kot.ni baru kluaa highway kuantan". Sementara menunggu dalam keadaan berdebar, aku hiburkan diriku dengan menonton movie. Yang memang membuatkan aku berdebar dari petang itu apabila dia berkata, "... aku ada sumthn nk gtw ko. nti smpai ko akn tau.haha ...". Seram bukan bunyi message itu? Mahu berkahwin kah dia? Hmph. Curious.
Tetibe aku mendapat message yang meminta aku segera turun ke Musolla untuk membuat sedikit pembetulan assignment Research Proposal. Argh! Assignment itu betul-betul buat aku sakit letih penat lelah. Sudah seminggu menghadap assignment itu. Sehingga aku sendiri tidak lagi berdaya untuk mengerah otak mengeluarkan idea. Aku hanya mencapai tudung Indon, dengan berbaju kaftan sahaja aku bergegas ke Musolla. Lama juga kami perlu perbetulkan assignment tersebut. Sehingga NokiaXpressMusic 5530 ku berbunyi lagi pada pukul 1230 tengah malam, "Aku kt luar musolla dh" Aaaaa! Pantas aku berlari-lari anak menyarung selipar jamban milik Musolla itu. "Woiii, Zanaaa!" Kami terus berpelukan seperti sudah berpuluh tahun tidak berjumpa. Tidak ku sangka, Romeo yang ku rindui selama ini, kini berada jelas di depan biji mata coklatku :')
-
-
-
-
-
-
-
-
Meet le Romeo, BushraHassanBasri :)

I feel blessed. Whenever I feel tense, stress, or depress, Allah sent her to me. Her advices, her efforts, her supports. She motivates me. Ya Allah, thank you! :')
Sepanjang malam kami berborak, bercerita kisah lama, dan membuka gosip terbaru. Hiks. Sungguh aku akan merindui saat itu. Dia memberi aku nasihat, mendengar segala luahan, pendapat. Ya, kami semakin matang. Matang dalam berfikir. Matang dalam menempuh hidup. Matang dalam membuat keputusan. Matang dalam segala segi. Mungkin kerana usia yang kian meningkat ini. Oh aku juga sudah mempunyai sehelai uban. Walaupun sehelai, it's counted bebeh. Kami bergelak ketawa, bergurau senda sehingga malam pun kian hampir melabuhkan tirainya.
Ahad. Masing-masing busy dengan plan yang telah diatur sendiri. Aku tidak dapat meluangkan masa aku untuknya. Kerana aku masih perlu menyiapkan sedikit lagi assignment Research Proposal itu. Oh assignment itu! Dan dia pula perlu keluar bersama temannya. Jadi, seharian kami bersama hal masing-masing. Malam pun menjelang, sekali lagi kami berbual panjang. Pillow talk orang kata. Lama juga. Kononnya kata nak tidur awal sebab masing-masing pun dah lesu kepenatan. Tapi sembang punya sembang tak sedar hari dah pagi buta. Bak kata Romeo, "Borak laa lagiii. Nanti bila lagi nak jumpa." Haih hampir aku terlupa dia bakal pulang ke Kuantan pada keesokan harinya.
Isnin. Pagi-pagi lagi aku sudah sibuk menyiapkan diri untuk ke kelas. Kalaulah cuti kan best! Habis kelas aku terus meluru ke kafe untuk membelikan dia lunch. Walaupun aku ada kelas lagi pada waktu petang, tapi aku tak sia-sia kan waktu yang masih tinggal untuk kami pada hari itu. Kami menonton 3 Temujanji yang bagi aku cerita ni tak payah buat pun takpe lah kot? Okay abaikan. Itu pendapat aku. Habis kelas petang tu AnisAfeeqa bagitahu aku ade FoodFair kat CAC. Dia suruh ajak Romeo pergi situ. Aku pun tanpa melengahkan masa terus message Romeo. And the sad part is Romeo cakap, "Hehe okay2.aku bwk beg trus tau ..." Alaaahaaii, aku rasa macam ala ala sekejapnya nak balik daaaah :/ Haih. So, we spent a little bit more time together. Ronda-ronda kat FoodFair and waiting for her friend to pick her up. Hopefully she have safely arrive at Kuantan Campus. I iz mizz you already Romeo! Till we meet again :')
-
-
-
-
-
-
That moment when you open your locker and you found a love letter from someone who had left you just now.

Huaaaarrggh! Ibuuu. Terkejut ingatkan surat saman ke apa. The content of that notes! Feel like crying. Seriously Bushra Comel (she called me zana cantek in that notes -.-). If you accidentally stop by at this blog, kindly read this, THANK YOU A BUNCH TOO FOR COMING. REALLY APPRECIATE THAT. AND I WILL MISS YOU MOREEE! HOPE FOR ANOTHER OVERNIGHT DURING MY SHORT SEMESTER. DON'T BE HESITATE TO COME OVER JUST LIKE WHAT YOU DID THIS FEW DAYS. SERIOUSLY, YOU ARE MORE THAN WELCOME BABE! EVERYTHING YOU SAID IN THAT NOTES, YEAH! I WILL! ALLAH KNOWS BEST! ALL THE BEST FOR YOUR FINAL EXAM TOO. STRUGGLE AND PUT ALL YOUR EFFORTS! I WILL ALWAYS PRAY FOR OUR SUCCESS. MAY BOTH OF US GET AN EXCELLENT RESULTS: A++, 4 FLAT AND DEAN'S LIST FOR THIS SEMESTER. INSYAALLAH. MAY ALLAH ALWAYS WITH US. TAKE CARE!

She such a great friend! May Allah bless our friendship.
**Entry ayat novel pun boleh. K.

No comments:
Post a Comment