Setiap cuti semester kalau tak hangout dengan member kengkawan memang tak sah laa kan? Bukan cuti la namanya kalau tak hangout. Bukan remaja la namanya kalau tak hangout. Bukan darah muda la namanya kalau tak hangout. Aiceh! Macam mintak penyepak je ayat. Hihi.
So, here it is the-last-minute-plan. We had decided hangout dekat Putrajayaa! Tak pernah dibuek lagi sebelum ni. Selalu hangout pergi mall je. Ni nak lain siket la kekononnyaaa. Gelabah sangat. Dan yang pasti sumpah lepas ni aku tak nak dah hangout style macam ni. PENAAAT. Biarlah ini jadi kenangan. Hahahaha.
Esok nak keluar, malam tu baru terhegeh-hegeh nak confirm siapa yang pergi dan siapa yang tak. LOL. Memang tetiap kali cuti pun macam ni. Hikhik. Alhamdulillah plan menjadi. Walaupun agak serabut sorang kata macam ni sorang kata macam tu. Eh malaslah nak cakap banyak! Enjoy the pictures je laa eh! And I will share the story in chronology style. Kemaaaiinn.
30 Januari 2012
Dua kereta dua puak menyusur:
Puak budak Klang + Seri Kembangan

Aku sorang je budak Seri Kembangan. Yang lain tu (CikSaajidah, CikShazwani, CikJunt) budak Klang. Hihi. Itulah kenderaan kami sepanjang di Putrajaya, Myvi CikSaajidah. Kelaaas taw nama aku bagi. Haha. Oh di kesempatan ni aku nak ucap ribuan terima kasih kepada CikSaajidah sebab kasi tumpang and hantar balik sampai rumah. Thankieeeess! :')
VS
Puak budak Shah Alam + Puchong

CikHidani sorang je budak Puchong. Yang lain tu (CikNadiah, CikAfirah, CikMilah) budak Shah Alam. Hihi. Itulah kenderaan dorang dari Shah Alam saaampaai-lah Putrajaya! Cool kan? Bahahahaa! Okay tak tak. Actually, dorang naik Kancil CikNadiah tapi takde pulak gambar dorang dengan kereta. Kebetulan jumpa gambar ni. Kira cincai laaa. Hikhik.
First place: Taman Botani
Memula CikNadiah yang amek aku dekat Giant Equine and kitorang terus pergi Taman Botani yakni tapak perjumpaan kitorang. Kat situ la nak tunggu puak bebudak dari Klang. Tapi disebabkan dorang macam lambat lagi nak sampai. Kitorang pun dengan gigih dan bersemangatnya nak pusing-pusing dalam Taman Botani naik basikal. Satu jam dua hengget.



Okay tak larat dah. Habis basah baju peluh-peluh. Sakit segala pinggang urat kaki muscle. Maklumlah gigih sangatkan. Dah lama tak exercise, tak warm up tak ape terus belasah basikal. Pakaian pun tak bersesuaian. Dengan rantai basikal tercabutlah apa la. Hahaha funneyh sangat! Sila jangan contohi kami. Hahaha.
Second place: Taman Warisan
Dalam tengahari jugak la yang bebudak Klang sampai. Then, kitorang terus gerak pergi Taman Warisan. Memang kitorang buang tebiat pun pergi Taman-taman Awam time orang semua tengah sibuk kerja. Hahaha. Yang kelakarnya dekat Taman Warisan ni nampak gayanya macam kitorang je la kot pengunjungnya. Semua pandang pelik. Dah la tengahari rembang paham tak?! Memang memang memang buang tebiat. Kahkah.

Memandangkan semua orang tengok kitorang pelik. Tambahan pula time tu panas terik yang teramat sangat. Kitorang batalkan niat nak masuk. Sebabnya, dalam tu JUST ADA BUAH-BUAHAN. Kalau nak masuk kena bayar pulak tu. And macam tak worth it plak kalau masuk semata nak tengok buah-buahan. Tak macam batak je plak kan? Macam kat kampung kau kat pasar takde buah-buahan kaaan. Bak kata CikShazwani, "Kat belakang rumah aku pun ada pokok buah-buahan, jemputlah datang rumah." HAHAHA.
Third place: Alamanda Mall
Kalau dah namanya perempuan kan? Nak tak nak. Pergi la hangout mana pun. Finally, kat mall jugak tempat kau menapak. Haha. Sebab cuaca kat Putrajaya panas terik nauzubillah. Kitorang dah tak tahan dah. Tak larat dah nak pergi taman-taman bagai. Dengan laparnya. So, pergi jugak la Alamanda for lunch and solat Zohor.




Oh I LOVE THIS PICTURE SOOO MUCH! Credits to CikNadiah :')
Okay Alamanda ter-sangat-lah kecik. Dua tingkat je. Cari food court je aku rasa dah habis round satu Alamanda. Sangat tak puas. Kedai best pun tak banyak. Takde apa yang nak di-shopping-kan. So, kitorang decide nak beli some foods and lepak kat tempat lain. Heee.
Fourth place: Tasik & Masjid Putrajaya
Sampai je kitorang solat Asar dulu. Time ni memang dah exhausted gila. Penat sangat dah. Tak larat. Plus, dah petang sangat. Memasing nak balik but just need to lepak sikit lagi sebelum berpisah. Bukan selalu dapat macam ni. And first time pulak tu hangout dapat pergi banyak tempat. Best! So, for the last untuk hari tu, lepak sambil makan-makan.








After that kitorang terus gerak balik sepantas kilat sebab time tu ibu aku pun dah call. Plus, nak elak jammed. Ceh, padahal time tu dah pukul 6 petang. Memang jammed pun la nye adoii =.='
And that's it for our hangout this semester break! We had loads of fun! Seriouslyyy, I am the-very-the-happy-oneee! Seronok jumpa korang. Oh by the way, aku nak mintak beribu kemaafan sangat sangat sangat for any inconvenience. Hope dapat hangout lagi for the other semester break. Maybe pergi picnic kat air terjun or pantai or even Genting keee? Heeee hope so! :D

You guys are rock! Thanks for the hangout :')

6 comments:
Hahaha! I look like a retard in most pictures -_-
Ahh kauu. Semua pun nak yang negative. Mengade jeeee! Haha :P
ni betul semangat update ni. hihi. bestttttttnyeww. lepas ni air terjun pulak weh !
Jyeeaah! Let's plan it slowly nantiiii :D
hadoi byk gmba suka tgk gmba dengan cerita mudah dipahami :P heee merah makngah :D
Hehe. Thanks diyan. Idea mencurah ayat pun gigih la. Hikhik. Makngah pun tak merah mcm tu. Hahaha
Post a Comment