Friday, February 10, 2012

Kuku harus dijaga dengan rapi.

Ehem. Bila Jumaat je terasa nak post entry yang agak Islamic sikit. Ecece. Kemain taw Xanna sekarang. Hekk. So, kali ni nak share pasal kuku. Tak semua orang tahu kot penjagaan kuku (focus on memotong kuku) dengan kaedah yang betul. Maybe ada yang tahu. But never mind. Just feel like sharing. Sebab aku pun kekadang sekali baca ingat la. Pastu, tak ingat dah. Jenuh nak search-search balik. Letak kat blog sendiri terus. Haaa senaaang.

1. Hukum.
  • Sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan.

2. Hikmah.
  • Menghilangkan segala kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya.

3. Waktu yang sesuai untuk memotong kuku.
  • Harus dipotong pada bila-bila masa. 
  • Jangan dibiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari.
Daripada Anas bin Malik yang maksudnya: "Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam." (Hadith riwayat Muslim)

4. Hari yang BAIK (sunat) memotong kuku.
  • ISNIN      : Nescaya keluar daripadanya (kita) penyakit dan masuk pula sihat.
  • KHAMIS : Nescaya keluar daripadanya (kita) penyakit dan masuk pula penawar.
  • JUMAAT : Nescaya keluar daripadanya (kita) dosa dan masuk pula pahala serta rahmat.

5. Hari yang KURANG BAIK (makruh) memotong kuku. 
  • SABTU   : Nescaya keluar daripada tubuhnya (kita) ubat dan masuk pula penyakit.
  • AHAD    :  Nescaya keluar daripadanya (kita) kekayaan dan masuk pula kemiskinan.
  • SELASA : Nescaya keluar daripadanya (kita) sihat dan masuk pula penyakit. 
  • RABU     : Nescaya keluar daripadanya (kita) was-was dan masuk pula kepapaan.

6. Cara/kaedah memotong kuku yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.



Kesimpulannya, memotong kuku ni tak boleh laa sebarang-sebarang tetapi ada kaedahnya. Memandangkan kuku merupakan sebahagian daripada anggota badan kita, jadi ia perlulah dihormati. Islam sangat prihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuk anggota badannya. Kuku yang telah dipotong sunat ditanamkan dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana kita juga berunsur tanah. Jangan sekali buang ke dalam tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih. Seeloknya, selepas memotong kuku, segera membasuh tangan dan kaki (bahagian kuku) dengan air.

Wallahu'alam.

Sources: 



Untuk pengetahuan semua, aku ni seorang perempuan yang ter-sangat-lah menjaga kuku. Hihi. Every step kat atas ni semua aku amalkan since sekolah lagi. Seriously. Dari hari yang baik untuk memotong kuku tu saaampaaai-lah ke basuh tangan dan kaki lepas potong kuku. Even kuku tu buang kat tanah pun aku buat. Tak silap aku ustazah aku yang ajar. But sometimes bila datang penyakit malas or situasi tak mengizinkan aku buang juga dalam tong sampah. Hikks.

And aku pernah la experience bela kuku panjang. Biasalah kan remaja. Time tu aku rasa macam cantik sangatlah kan kuku panjang. Panjang-panjang pun aku jaga taw, memang bersihlah kuku. Hahaha. Tapi dah lama-lama seriously rimas. Asyik tercakar diri sendiri je. Habis luka sana luka sini. Nak makan pun susah. Orang melayu kaaan. Paham-paham leww makan guna tangan. Kihkih. So, sekarang aku nak amalkan berkuku pendek. Kemas. Haaa lagi satu tips nak kasi kuku sihat and cantik, selalulah berinai.  Inai ni actually memang ubat untuk kasi rambut sihat, kulit sihat and the most important thing is KUKU SIHAT. Aku memang dari sekolah kuku aku susah nak tengok kosong. Mesti berinai. Hehehe. Okay bye!

2 comments:

otakue17 said...

dyan ikt hari ja tpi kaedah tak ikut ==

Aishiza Xanna said...

Pasni boleh la ikut. Heee :)

Post a Comment