Friday, January 27, 2012

Qarin.

Ehem. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku nak post Islamic sikit la. Hihi. Bukan apa, hari tu CikShaqira ada tweet macam ni

Datang pulak aku sengal-sengal ubi pegi tanya macam ni -.-

Haha. Actually, aku pernah dengar pasal Qarin. Ustazah aku ajar ke dengar ceramah ke tak engat la. Tapi bila dia keluar dalam bentuk perkataan, aku blur jap. Eheh. Dan jawapan bagi persoalan aku tu, CikShaqira pergi rungkai macam ni 


Okay spooky sangat CikShaqira. Uuuu! Hahaha. Mungkin tak berapa nak jelas kot makna Qarin tu kat atas ni. Nak dijadikan cerita, mungkin Allah nak bagi aku faham betul-betul Qarin tu apa. One day, one of my friend post pasal Qarin kat wall Facebook dia. Kebetulan sangat. Aku pun baca la dan baru faham. So, aku nak share la kat sini. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada jugak yang tak tahu. 

Apa itu Qarin?


Qarin ni sentiasa ada bersama kita. Ia adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang lahir di dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Bezanya, qarin Rasulullah s.a.w muslim. Manakala qarin kita semua kafir. 

Pada umumnya, qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya (kita) membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran, dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya (kita) membuat ibadah dan kebaikan.

Maka, untuk mengimbangi usaha qarin ini, Allah mengutuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat (sama ada qarin atau malaikat). 

Walau bagaimanapun, orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya, dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah. 

Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah Mas'ud maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin dan juga bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah?" Sabdanya: "Ya, aku juga ada. Tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat aku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (riwayat Ahmad dan Muslim) 

Qarin akan berpisah dengan dampingannya (kita) hanya apabila manusia itu meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Wallahu'alam.


Source: panduanislam.com

No comments:

Post a Comment