Saturday, November 12, 2011

Brek VS Minyak

Ehem ehem. Aku neh bekas pesakit driving phobia kalau korang semua nak tahu. Aku baru je sembuh dari penyakit tu beberepe bulan lepas I guess. Dalam bulan 5 kot. Hihi. Aku ade cerita dekat ENTRY neh. But doesn't mean aku dah berani sangat sangat dah nak drive kereta. Sometimes, keberanian tu melebih-lebih. Sometimes, rase gemuruh ketaq gigil gugup  etc. etc. menguasai diri.

Mana aku dapat phobia tu? Woho, aku pernah accident dengan abang aku dulu time nak ambil result SPM aku. Time tu abang aku la yang drive since aku takde lesen lagi. But at the same time tahun tu aku still in process nak amek lesen. Pegang stereng pun tak reti lagi, dah accident. Since accident tu lah aku tak berani nak drive. But alhamdulillah I pass the JPJ test. Tu pun menggigil-gigil taw. Aku rasa lulus nasib je tuu. Haha.

But lately aku rasa phobia tu macam dah datang balik je. Haaaa. Tapi takde lah aku tak boleh drive langsung. Boleh je cuma maybe jantung aku tu dupdapdupdap over siket-lah. Eheh. This is according beberape almost-accident-moment yang jadi sepanjang cuti yang seminggu neh. Kahkah.





Kisah 1:
Minggu-minggu before cuti neh, one of my special girlfriends cik ShaqiraAfina bawak kereta kat kolej. Then, die tanya aku nak drive tak? Homaaaaii, aku ter-sangat-lah rindu nak driveee! So, aku selalulah bawak kereta die kalau nak pergi kelas. Bukanlah aku buat kereta tu jadi hakmilik aku. Die pun ade laa sekali pegi kelas tu. Kira macam aku neh driver die laa. Hahaha ape laa korang neh. Then, one day, dekat simpang-simpang dalam mahallah tu, time nak belok tu aku nak BRAKE. But then, aku pegi tekan MINYAK. Vrooooom! Kereta tu ke depan. And I was like, 
Okay sumpah jantung aku macam nak terkeluar time tu. Tapi aku takde la tunjuk aku gelabah. Aku sempat gelak-gelak lagi sambil jerit "Woohooo!". Dalam hati Allah je la yang tahu -.- Thank god time tu takde kereta kat sekitar tu, memang kitorang je. Tapi depan tu macam tebing ah. Selisih je bhaaaai. Sipi je lagi nak langgar. Kalau langgar memang ke longkang laa kitorang.


Kisah 2:
Time nak balik cuti, hari Khamis bersamaan 03 November 2o11. Ayah aku kerja sampai pukul 0900pm. So, die cakap die amek aku pukul 10pm. Okay, korang dapat bayang tak betapa penatnye ayah aku balik kerja malam-malam terus kene amek aku kat Gombak pulak. Hmmph. Pity him. I'm sooo sorry ayah! On the way balek tu, banyak pulak kereta. But ayah aku neh jenis bawak kereta gila macam mane pun takpena langgar orang. Tapi malam tu? :'( Okay, ayah dah menguap banyak kali. Then mase dekat selekoh nak belok, kereta berpusu-pusu. Sementara ayah sebok tengok kereta lane sebelah, ayah terus tekan minyak nak jalan. Ayah tak perasan kereta depan tak jalan lagi. Aku nampak aku terus jerit "Eh AYAAAAH!"
Ayah terus pandang depan dengan terkejut cepat-cepat tekan BRAKE. Tapi aku rasa ayah macam tekan MINYAK sebab kereta tu makin rancak ke depan adelah. Baaaaaaam! Tersondol kereta depan. Naseb kitorang naik pajero, besar. So, kitorang takde apelah. Kereta cedera siket pun tak. Haha. Tapi kereta orang tu kereta mahal kot? -.- Dahsyat jugak die punya kesan. Eheh. 


Kisah 3:
Semalam, 11 November 2o11, sekolah adek aku ade Majlis Solat Hajat untuk budak-budak SPM. Majlis tu start maghrib. Ayah aku outstation dekat Ampang. So, die pergi dari sana. Aku? Pergi dengan ibu dari rumah. Ibu habis kerja pukul 5. Penat-penat balik kerja, die terus siap gerak pergi sekolah adek aku. And ibu ter-sangat-lah suka bawak kereta himpit kereta depan. Aku dah fobia dengan kejadian ayah aku tu. Bila dah keluar petang, confirm-confirm-lah jammed tak hengat. Yang ibu pulak suke beno-lah selit sana selit sini, rapat-rapat! Tak padan dengan die penat pening kepale time tu. Nak jugak bawak laju-laju. And nak jadi cerita, time tengah dok jammed neh, ibu stop rapat gila dengan kereta depan. Van la actually. Pastu, die nak BRAKE. Tapi die pegi tekan MINYAK. Ibu terus "Eh? Eh?" Vroooom! Kereta kitorang ke depan laju gila. Aku pulak? "HUH? AAAAAAAAAAAAAAAA!"
Serious shit! Sipi je lagi nak langgar tapi van tu dah terus gerak pergi depan. So, tak kena ah. Tapi serious kalau van tu tak gerak memang langgar teruk ah. Accident yang amat dahsyat aku rasa. Sebab kereta kitorang memang laju gilaaa. Aku menangis terus time tu. Berkaca-kaca mata aku. Jantung aku lemah sangaaaat. Memang aku macam tak dapat bayang kalau langgar betul cemane? Ibu pun dah gigil-gigil dah time tu. Alhamdulillah tak jadi pape.


Dan disebabkan tiga kisah di atas laaa aku rasa aku semacam phobia yang teramat dengan kereta. Sekarang neh siapa-siapa yang bawak kereta pun aku rase macam tak selamat. Haha. Tak tak gurau jeee. So, kalau siapa-siapa nak bawak aku keluar naik kereta, SILALAH BAWAK DENGAN BERHEMAH YE kalau tak nak aku terjerit terlolong dalam kereta tu. Hahahaha adios!

No comments:

Post a Comment