Sunday, September 4, 2011

Lelaki penipu selalunya lelaki buaya.

Ohh kisahnye? Tajuk kemain lagi macam nak cari gaduh kaaan. Haha. Okay, ye laa obviously not all men yang menipu tu buaya. Tapi yang buaya tu memang kaki menipu semuanya. Kan kan? Maklumlah nak pasang ramai. Memanglah orang kate tak semua lelaki macam tu kan. Tapi masalahnye sekarang, sebab seorang due yang buat perangai, memang wajiblah semua pun kene tempias sekali. Paham? Ini dinamakan stereotype. LOL. Lagi-lagi buat hal dengan perempuan paranoid macam aku neh. Memang nasiblah semua ye. Semua sekali aku rasa same jeee.


You may talk to me, make me laugh, and say the sweetest things ever. But how many other girls are you doing that to?

Aku cakap neh bukan suka-suka je nak tuduh lelaki tak tentu pasal. Aku tahu perempuan pun ade je yang macam neh perangainye. Tapi inilah die jenis lelaki yang aku jumpe. Asalnye, aku sebagai perempuan yang bijakpandai takde lah bodoh sangat nak percaya cakap lelaki macam neh. Tapi segala lakonan kebaikan dan kata-kata manis yang keluar dari mulut die cukup membuatkan aku kabur serta buta dengan segala penipuan die.

Berbicara soal agama? Pergh! Macam ustaz lagaknye. Bila orang lelaki bercakap pasal agama. Dah tentu-tentu lah aku rase die boleh dipercayai. Konon alim. Lama-lama macam tu hati perempuan aku pun cair bhaaai. Siapa taknak suami yang kuat agama? Siapa tahu selama bertahun kenal die cume pergunakan aku untuk kesenangan die je? Siapa tahu kata-kata die semua dusta? Berani sungguh die bermain sumpah dengan nama Allah hanya untuk menutup segala kesalahan die dan hanya untuk membuatkan aku percaya kata-kata die.

Tanpa pengetahuan aku, ramai sudah rupenye mangse die. Oh terase diri terlalu bodoh untuk seketika. Terlalu mempercayai lelaki yang bukan sape-sape dalam hidup aku. Allah kalau nak tunjuk sekejap je kan? Allah kalau nak bagi kite sedar sekejap je kan? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Untunglah aku belajar psikologi. Senang nak psiko-psiko orang sampai kantoi neh.
"Bila Allah bagi petunjuk pertama, silalah ambil tindakan susulan. Bila Allah bagi petunjuk kedua, silalah berusaha untuk berubah. Bila Allah bagi petunjuk ketiga, silalah sedar bahawa nikmat itu tak selalu ada. Siapa tahu petunjuk keempat, Allah mahu anda berfikir. Namun jika petunjuk keempat tak anda sedar, petunjuk kelima kabur. Begitulah juga petunjuk seterusnya."
Banyak dah Allah bagi petunjuk dekat aku tapi aku degil menolak yang pasti. Jadi, sebagai pengajaran, hargailah setiap petunjuk yang Allah beri. Jangan terlalu ego, bongkak, sombong, takabbur dengan Sang Pencipta ye.

"Follow your instincts. That's where true wisdom manifests itself." 
~Oprah Winfrey.

Untuk peringatan kepada semua perempuan-perempuan dan diri sendiri, janganlah terlalu mudah percaya cakap lelaki. Walau baik macam mane pun die dengan kite, selalulah beringat berwaspada. Zaman sekarang neh, orang pakai kopiah/songkok/berjubah doplohpat jam, ghupe macam tok imam pak lebai pun dah tak boleh percaya sangat dah. Inikan pula yang berseluar jeans, bertopi bagai dress up ikut fashion. Lagi-lagi nama Allah pun boleh buat main ikut suke hati die je.

So, tak payah nak argue argue dengan aku sangat pasal Lelaki Penipu Selalunya Lelaki Buaya. Selalunya tapi tak semua mungkin? TAKE NOTE. Ini semua berdasarkan pemerhatian aku. Cerita-cerita yang aku baca. Kisah-kisah yang terjadi kat kawan-kawan aku sendiri.

Dan yang paling penting, mende neh aku dah kene. Aku dah rasa. Aku dah alami. Cukuplah sekali tu pun da penuh pengajaran yang aku dapat. Walaupun aku tahu peristiwa kantoi tu dah sebulan lebih pun berlalu. Tapi luka di hati masih berbekas sampai sekarang. Dendam tak dendam jugaklah kan. Sakit hati membara-bara bila engat-engat balek. Oh memanglah senang orang cakap lupakan je la. Sabar je. Tapi yang rasa aku. Bak try korang plak kene, acane rase kene tipu hidup-hidup? Bulat-bulat, terang tang tang depan mate? Haaa.

Aku boleh lupakan. Tapi sekali-sekala datang bertandang jugaklah kan kenangan-kenangan tu semua. And bile tahu tu semua dusta, tipu belaka. Tak berkace mata aku, tak bernanah hati aku?

Senang cerita, bagi aku, lelaki PLAYBOY neh semua LOSER. Takpaya nak bangge sangat jadi playboy.


I guess after a while of ignoring, we get tired of angry, and instead we feel sad. We get reminded once in a while why we're not talking in the first place, but there comes a point where there's no more anger, just dissappointment :/



**Aku bukan nak cari gaduh sape-sape. Korang tak puas hati, korang punya pasal. Ini blog aku, ini kisah aku. Aku cume meluahkan ape yang terbuku setelah sekian lama. Assalamualaikum.

8 comments:

otakue17 said...

perlu di wujudkan 'like'macam kat fb suka gila entryyy ini :')

Aishiza Xanna said...

haha. InsyaAllah. nnt zana letak button like ek? heee :D

otakue17 said...

letak sekarang :P

Aishiza Xanna said...

sedang mencuba. sebentar ye. haha

Anonymous said...

hak3..memang konpirm laki x akan komen entry ni. Tapikan aku setuju gak ape yang kau cakap tu walaupun aku ni lelaki. Sekarang nk cari yg betul2 jujur susah...maklumlah sume nak ambik kesempatan.

Aishiza Xanna said...

kan achik kan? zaman sekarang neh susah nak percaye sume org. sume pun akan ade niat nk amek kesempatan. thanks sbb setuju walaupn kau lelaki. hihi ;D

Anonymous said...

truee truueee. bontot ayam punya jntn. ingat dia hensem.

hmm. betul. kdg2 kita terlalu menolak apa yg Allah tunjuk sebab kita nk jugak ap yg kita nk. sedangkan Allah tahu ap yg terbaik untuk kita. jahilnya mnsia.

Aishiza Xanna said...

tu laa kan? naseb jahil tu untuk seketika. Allah kalau nak kite kembali ke jalan yg betul, mcm mcm care ade ek? hihi :D

Post a Comment