kadangkadang, kita rasa dunia sangat kejam pada kita. selalu sahaja yang kita inginkan, seperti tiada untuk kita, membuatkan diri terasa hampa dan pilu.
kadangkadang kita rasa macam takde tempat untuk kita kat dunia ini apabila semuanya seperti tidak adil terhadap kita.
kadangkadang kita rasa macam ingin pergi jauh daripada semua orang untuk mengubat hati duka dan lara.
kadangkadang, kita sudah membuat yang terbaik dalam hidup kita, tetapi seperti tiada erti.
dunia seperti kejam bagi pandangan kita.
tetapi, apabila tiba suatu masa, setelah penat berusaha, seperti terasa ingin berputus asa, semuanya berubah. disaat kita tidak memerlukan, ia datang bergolek golek dimana kita terpaksa membuat pilihan. dan kadangkala kita tersasar dan tersalah membuat keputusan membuatkan kita menyesali.
itulah hakikat manusia. yang tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. sering meminta minta. tidak menghargai sesuatu yang ada di sisi.
kita hanya menyedari setelah semuanya hilang, lesap dan lenyap.
hanya pada masa dan ketika itu, kita mula menangisi segalanya.
*reblog from AfiqahZawawi's blog.
muhasabahlah diri masing-masing.
No comments:
Post a Comment