"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu."yaa, memang aku jatuh cinta kat die sebab keistimewaan yang ada pada die. serius! aku tak tahu la ape. tapi bile tengok die memang aku rase ade kelainan yang aku rase lelaki laen takde. waaaah! dahsyaat neh. hahahaha tapi betul laa. engat ye korang, JATUH CINTA PERKARA BIASA. dan, apabila seseorang itu jatuh cinta maka dia adalah manusia normal. serius tak tipu. jadi jangan risau ye yang sedang jatuh cinta tu. hahah. lagi-lagi
"Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali."haa, tapi kalau dah korang jatuh cinta dan couple tepat pada jodoh yang Allah s.w.t bagi memang alhamdulillah laah kaaan. sweet nyee oh kalau macam tuu. aku tumpang jealous okayy kalo macam tuu. hahaha. aku harap aku pun macam tu jugak laa. awww :)
"tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya."eh yang neh paaaaling aku risau. tak nak ah aku benci sesiapa dah lepas neh. tak pun kan, orang yang paaaling aku sayang aku cinta aku suka aku minat tu, aku nak jadikan orang yang paaaaling aku benci seumur hidup. haaa bole? macam beriye sangat je hahahaha. dah dah laa Syazana. jodoh di tangan Allah s.w.t, Dia Maha Berkuasa. kau usaha la cemane pun. kalau dah itu jodoh kau, jodoh jugak kan. hekk! ade lagi ade lagi
"Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya."ayat neh aku suke gilaa. dan aku selalu gila dengar ayat neh dalam mane-mane article jodoh pun. memang betul sangat lah kaan ayat neh? izyan pun penah bagi aku ayat macam neh. time tu aku tengah down gila laaa pasal Mr tuuut. malas da nak sebut. ramai dah tahu hahahaha maluu. dan sebab ayat neh la aku jadi kuat gilaa. sebab bagi aku Allah lebih tahu segala-galanya. dan kite sebagai hambaNya tak perlu merase kesal yang amat dengan ape yang berlaku. everything happen for a reason. aku suka ayat Al-Quran neh
" ... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)yaa, korang berpeganglah kepada ayat Al-Quran neh okayy supaya korang tidaklah selalu merase kesal kecewe etc. etc. bile something korang taknak berlaku tapi masih berlaku. tak kirelah pasal jodoh ke couple ke mahupun pelajaran dan aktiviti kehidupan yang laen. Allah s.w.t lebih mengetahui. lagi satu engaat! pasti ada kebaikan dalam sesuatu keburukan dan pasti ada keburukan dalam sesuatu kebaikan. serius! jadi jangan cepat mengalah dan menyesal. okayy! muhasabah diri selalu (:
" ... kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah."ayat neh pun tersangatlah betul kan? jujurnya la kan, sebelum neh aku minat orang entah kerana ape pun aku xtaw. dan setiap kali tu, aku rase macam serba tak kene. aku mesti ade rase tak puas hati. bukan dgn orang-orang yang aku penah minat tu je. tapi dengan diri aku sendiri sekali. aku ade rase semacam benci yang membuak-buak. aku rase macam minat tak bawa ke mane-mane pun la. couple? laaagi tak bwk mane la. takat nak gedik-gedik bole la.
sampai la aku minat Mr tuuut tu. okay bukan takat minat. dan aku macam takboleh nak minat orang laen dah. korang letak la bape juta lelaki handsome depan aku. aaron aziz? fahrin ahmad? farid kamil? adi putra? *err, dorang neh dikire kategori handsome ke tak eh? aku tak reti nak nilai la. hahahaha. and even SALMAN KHAN pun kalah taww! haaa yaa, Mr You menang! hahaha. hesh, entahlah. even die pun mase aku minat tanpa sebab pun aku rase macam something tak kene. lame-lame aku fikir dan muhasabah diri sebab aku pelik kenapa aku takboleh minat orang lain dengan mudahnye macam sebelum aku minat dia dulu. and sekarang aku rase aku minat die kerana Allah s.w.t.
dan lepas aku selalu perjelaskan kepade diri aku yang aku suke die kerana Allah s.w.t, aku rase lagi tenang. tenang yang amat. serius weh! sebelum neh aku selalu resah. dan sekarang aku sangat sangat tenang. even da tak berjumpe dan macam lost contact. aku yakin dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. aku sentiase engat statement yang aku penah bace, "korang lari la terpisah berapa batu jauh pun berapa tahun lamanya kalau dah itu jodoh korang, tak kan ke mana." fikir-fikirlah dan muhasabah selalu (:
nak article penuh yang aku bace tu? klik sini (:
No comments:
Post a Comment